Jangan sesali satu haripun dalam hidupmu. Kenanglah hari baik yg telah berimu kebahagiaan, hari buruk yg berimu pengalaman....... n_n Kadang Tuhan memberi cobaan yg berat dalam hidupmu, karena Dia mempersiapkan dirimu menerima sesuatu yg baik di masa depanmu

Sabtu, 19 Maret 2011

Ektrack file zip ke xml


Ektrack file zip ke xml

banyak cara agar blog itu indah dan gampang, karena pada dasar nya ngeblog itu menyenangkan dan sebagai cara untuk kita belajar berkarya lewat tulisan.

Kebanyakan rekan - rekan blogger memberi kita theme atau download templat itu dalam bentuk format dan file .zip, sedang untuk edit HTML di dashbor blogspot yang di butuhkan untuk upload theme dengan format xml.

Selain applikasi seleQ atau explorer di hape symbian sangat perlu untuk edit templat. Maka kita harus menjadikan file zip ke file xml. Dengan kata lain ektrack file zip ke xml.

Nah lebih mudahnya ektrack dulu disini unzip.wapshare.us . Kita tinggal upload file zip tadi kemudian klik deh. Setelah itu akan tampil file .xml nya, dan silakan download lagi untuk di upload di edit HTML di dashbor blogspot.

Semoga bermanfaat.. Dari rekan blogger untuk rekan blogger..

Minggu, 13 Maret 2011

SEJARAH RINGKAS TOKUSATSU BAGIAN 2-ULTRAMAN





Selepas kita menyiarkan artikel tentang sejarah ringkas tentang Kamen Rider, hari ini saya akan menyiarkan artikel tentang sejarah Tokusatsu dan kali ini kami akan menfokuskan kronologi masa tentang siri Ultraman. Sebenarnya memang agak susah nak mencari bahan-bahan media tentang Ultraman.Ini disebabkan tindakan Tsuburaya Production menarik balik sebarang bahan media sama ada elektronik dan cetak tentang siri Ultraman untuk penayangan di Malaysia dan Singapura. Ini disebabkan tindakan Chaiyo Production mendakwa Ultraman adalah miliknya sedangkan terdapat kes tuntutan hak cipta dimana ia membabitkan Tsuburaya Production dengan Chaiyo Production Co.Ltd di Thailand. Baiklah kami tak nak cakap panjang kita akan teruskan dengan kronologi sejarah tentang Ultraman:

EVOLUSI SIRI ULTRA PADA ERA SHOWA:


Januari 1966-Ultra Q (siri Ultra pertama) ditayangkan tetapi tiada watak Ultraman pada masa itu


Julai 1966-Ultraman mula ditayangkan dengan penampilan hero berwarna merah dan perak

April 1967-Ultra Seven ditayangkan selepas tamatnya Ultraman

Disember 1967-Penayangan episod 12 Ultra Seven diharamkan kerana disebabkan bantahan daripada mangsa bom nuklear yang terselamat ketika Perang Dunia Ke-2(menanggap episod ini menghina mangsa bom nuklear)

April 1971-The Return Of Ultraman a.k.a Ultraman Jack ditayangkan selepas tiga tahun Ultra Seven tamat

April 1972-Ultraman Ace ditayangkan selepas tamatnya Ultraman Jack

April 1973-Ultraman Taro ditayangkan selepas tamatnya Ultraman Ace

April 1975-Ultraman Leo ditayangkan selepas tamatnya Ultraman Taro(penampilan kedua pembantu Ultraman iaitu Astra diperkenalkan dan Koji Moritsugu sebagai Dan Moroboshi kembali tetapi tidak boleh menjadi Ultra Seven lagi kerana kecederaan)

14ultramanjonias.jpg[ULTRAMAN-JONIAS-1979.jpg]
April 1979-Selepas 3 tahun siri Ultra dihentikan sementara, ia kembali dengan siri Ultra terbaru iaitu Ultraman Jonias a.k.a The Ultraman dan kali ini ia disiarkan dalam versi anime

April 1980-Ultraman 80 ditayangkan selepas tamatnya siri The Ultraman dan ia merupakan produksi siri Ultra terakhir di Jepun pada era Showa sebelum ia dihentikan sehingga pada tahun 1996

Mac 1981-Siri Ultraman 80 tamat

1987(USA) dan 1989(Jepun)-Filem Ultraman:The Adventure Begins a.k.a Ultraman USA ditayangkan buat pertama kali dengan hasil usahasama antara Tsuburaya Production dan rBareba Production dan ia merupakan produksi siri Ultra bagi luar negara Jepun pertama

EVOLUSI SIRI ULTRA LUAR NEGARA:

1990(Australia) dan Julai 1995(Jepun)-Ultraman Great a.k.a Ultraman Towards The Future ditayangkan di negara Kangaroo, Australia dan 5 tahun kemudian ditayangkan di Jepun melalui stesen televisyen TBS(merupakan siri Ultra dengan tema alam sekitar)

1993(USA) dan April 1995(Jepun)-Ultraman Powered a.k.a Ultraman The Ultimate Hero ditayangkan di USA (merupakan remake kepada siri Ultraman asal dari Jepun) kemudian disiarkan di stesen televisyen Jepun TBS

EVOLUSI SIRI ULTRA ERA HEISEI:

1994 hingga 2002-Video OVA Heisei Ultra Seven ditayangkan

1996 hingga 1997-Filem Ultraman Zearth 1 & 2 ditayangkan(merupakan ulangtahun siri Ultra ke-30 dan juga merupakan parodi Ultraman)

September 1996-Selepas 16 tahun siri Ultraman dihentikan, siri Ultra kembali dengan siri Ultra terbaru di era Heisei,Ultraman Tiga(merupakan siri Ultra pertama yang mempunyai warna pilihan selain merah dan perak)disiarkan pada hari Sabtu jam 6:00 petang di stesen televisyen MBS-TBS dan kemudian pada tahun 2000, sebuah filem epilog,Ultraman Tiga:The Final Odyssey ditayangkan

September 1997-Ultraman Dyna ditayangkan selepas tamatnya siri Ultraman Tiga(merupakan sekuel kepada siri sebelumnya, Ultraman Tiga dimana ahli-ahli GUTS ditampilkan dalam siri ini) dan pada tahun 1998,filem Ultraman Tiga & Ultraman Dyna:The Warriors Of The Star Of Light ditayangkan

2AgulV2.gif
September 1998-Ultraman Gaia ditayangkan selepas tamatnya sriiri Ultraman Dyna(merupakan siri Ultra yang menampilkan watak pembantu Ultraman iaitu Ultraman Agul)
Pada tahun 1999, filem Ultraman Gaia-Ultraman Dyna & Ultraman Tiga:Battle In Hyperspace ditayangkan

ImageShack, share photos of ultraman nice, gambar ultraman girl nexus, share pictures of ultraman nice, gambar ultraman girl nexus, share video of ultraman nice, gambar ultraman girl nexus, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting.
1999-Ultraman Nice disiarkan dalam bentuk iklan semasa siri Ultraman Tiga ditayangkan semula

2000-Watak Ultraman dibuat dalam versi Thailand antaranya Ultraman Millenium, Dark Ultraman dan Ultraman Elite. Namun Tsuburaya Production tidak mengiktiraf kedua-dua watak Ultraman Thailand ini sebagai ahli keluarga siri Ultra kerana ia membabitkan kes tuntutan hakcipta antara Tsuburaya Production dari Jepun dan Chaiyo Production dari Thailand

[ultraman neos 1 (L).jpg]
November 2000-Ultraman Neos ditayangkan dalam format OVA(sut Ultraman Neos dan Ultra Seven 21 adalah remake daripada siri asal Ultraman dan Ultra Seven tetapi pada tahun 1995, konsep itu ditolak dan ia disiarkan dalam rancangan khas)

Julai 2001-Selepas 2 tahun menyepi, Siri Ultra kembali dengan siri Ultraman Cosmos dan disiarkan sebanyak 65 buah episod(merupakan episod siri Ultra yang paling terpanjang)Tetapi sepanjang siri ini ditayangkan, ia diselubungi kontroversi apabila pelakon Tsugira Taiyou sebagai Musashi Haruno ditahan polis kerana terbabit dengan kes surat ugutan namun dilepaskan kerana kekurangan bukti. Walaupun ia bukan penghalang bagi beliau untuk meneruskan lakonan dan siri ini diteruskan dengan filem antaranya Ultraman Cosmos:The First Contact pada tahun 2001 manakala filem kedua iaitu Ultraman Cosmos 2:The Blue Planet pada tahun 2002 dan filem terakhir Ultraman Cosmos iaitu Ultraman Cosmos VS Ultraman Justice:The Final Battle ditayangkan pada tahun 2003(walaupun siri Ultraman Cosmos tamat pada tahun 2002 tetapi filem Ultraman Cosmos masih berterusan)

April 2004-Sebuah drama suspens sekuel Ultra Q, Ultra Q Dark Fantasy ditayangkan

2004-Tsuburaya Production menghasilkan projek terbaru Ultraman iaitu Ultra N Project. Projek ini menggabungkan antara Ultraman Noa, Ultraman The Next dan Ultraman Nexus

Oktober 2004-Ultraman Nexus ditayangkan selepas tamatnya siri Ultraman Cosmos dan disiarkan pada awal pagi iaitu jam 7:30 Pagi hari Sabtu di stesen televisyen CBC-TBS dan 3 bulan selepas siri ini berakhir, ia ditayangkan semula dan kali ini disiarkan pada hari Selasa jam 2:30 pagi(merupakan siri Ultra yang mempunyai jalan cerita yang serius, gelap dan seram)

Disember 2004-Filem ULTRAMAN (THE NEXT) ditayangkan

Jun 2005-Ultraman Noa muncul dalam episod terakhir siri Ultraman Nexus dimana Ultraman Nexus bertukar menjadi Ultraman Noa(menggabungkan kelima-lima pewaris cahaya Ultraman iaitu Deunamist)

Julai 2005-Ultraman Max ditayangkan selepas tamatnya Ultraman Nexus(merupakan penghormatan kepada kemunculan pelakon-pelakon asal Ultraman dan Ultra Seven) dan sut Ultraman Max berdasarkan daripada Ultra Seven dan siri ini diarahkan oleh pengarah filem,Takeshi Miike

April 2006-Ultraman Mebius ditayangkan selepas Ultraman Max dan ia merupakan ulangtahun siri Ultraman ke-40 sejak ia bermula pada tahun 1966 dan selepas siri ini tamat siri Ultraman Mebius Gaiden ditayangkan pada tahun berikutnya

September 2006-Filem Ultraman Mebius & Ultraman Brothers ditayangkan

Oktober 2007-Ultraseven X ditayangkan selepas tamatnya siri Ultraman Mebius dan ia merupakan siri Ultra pertama dikhususkan untuk penonton dewasa dan disiarkan pada hari Jumaat jam 2:25 Pagi (merupakan penghormatan siri Ultra Seven sempena ulangtahun Ultra Seven ke-40)

Disember 2007-Siri Ultra Galaxy Daikaiju Battle ditayangkan di stesen televisyen berbayar

September 2008-Filem Superior Ultraman 8 Brothers ditayangkan

Disember 2008-Musim ke-2 siri Ultra Galaxy Daikaiju Battle iaitu Ultra Galaxy Daikaiju Battle Never Ending Odyssey ditayangkan

2009-Kumpulan Project D.M.M(yang menyanyikan lagu tema dari siri Heisei Ultraman) dibubarkan